Monday, December 20, 2010

.: Hari Jadi :.

Entri ini khas untuk Norhasnizan@anis dan saya akan menggunakan bahasa malaysia yang formal.

Hari ini Selasa, 21 Disember 2010 genaplah 24 tahun usia seorang rakan karibku yang bernama Norhasnizan@anis. Seperkenalan aku dengan Anis bermula di Matrikulasi UIAM yang kini dikenali sebagai Pusat Asasi UIAM yang terletak di Seksyen 17, Petaling Jaya. Kalau tidak salah aku, pada semester pertama pengajianku disana kami hanya sekelas pada subjek ‘Computer 1’ yang diajar oleh arwah Bro. Asmady Zakaria (al-fatihah). Semasa di matrik, Anis merupakan gadis pujaan ramai dikalangan penuntut-penuntut di sana . Dia juga adalah perempuan pertama yang meminta nombor telefon aku sepanjang aku disana ditemankan oleh Siti Suhaili selepas kelas ‘Computer 1’ tersebut(kira bangga jugak la aku time nieh). Pergaulan antara aku dan Anis tidaklah begitu rapat sepanjang semester 1 & 2 hanya sekadar rakan sekelas. Aku akan menghubungi Anis apabila keputusan semester dikeluarkan.

Pergaulan antara aku dan Anis pada tahun ke-2 aku dimatrik tidak bergitu baik. Kami berselisih faham dan keadaan ini berterusan sehingga aku tamat pengajian di matrikulasi(agak lama kami tidak bertegur sapa).

Walaubagaimanapun, pada tahun pertama (semester 1 or 2 x berapa ingat) pengajian aku di UIAM, kami telah berhubung semula, dia meminta maaf atas kesilapan dia yang lepas dan begitu juga aku (aku sensitip sangat kot.. huhu~). Semenjak itu kami berkawan baik sehingga kini, kadang-kadang dia akan berkongsi masalah dengan aku dan aku akan cuba tolong semana yang aku mampu, begitu juga sebaliknya.

Beralih kepada perangai Anis, dia merupakan seorang kawan yang baik dan dia akan cuba membahagiakan kawan-kawan sekelilingnya. Dia juga seorang yang ceria dan gila-gila(gila2 tak hingat punya). Mempunyai semangat yang kuat walaupun menerima dugaan yang besar(sangat besar!!). Dia suka bergaya dengan fesyen tudung(xtaw la bape lori da tudung dia.. hehe~). Pendek kata tidak sia-sia menjadi salah seorang rakan dia.

InsyaAllah jika diizinkan, dia akan bertunang pada 15 Januari 2011 tahun depan dengan kekasih hatinya, Mr. Crab(istilah yang digunapakai oleh Anis). Aku mendoakan semoga apa yang dirancang olehnya mendapat keberkatan daripada Allah.

Terima kasih kerana menjadikan saya salah seorang daripada kawan kamu!!

Selamat Hari Lahir yang ke-24!!!


Biasa ko colek gamba aku. Ari aku lak kidnap gamba ko~ heh~ :P

11 comments:

  1. peghh..siap ade coretan batin lagiii!! hahahaha...


    thumbs up!

    arep: ha'ah ayat kegelian mak dengar noks!

    ReplyDelete
  2. naseb abej coretan batin.. jalau jeritan batin cane laks????

    ReplyDelete
  3. perghh ni buat aku jeles nih.. nnt new year buat pasal aku lak pian.. haha!

    happy birthday anis, moga selamat la bertunang nnt iyee :P

    ReplyDelete
  4. ko nak gak ker zaim??? hmmm.. t aku try wat satu entri khas tuk ko~

    ReplyDelete
  5. haha..pian..terima kasih...!!! ayat mcm novel alaf 21..fuhss! smpai ada org jeles!! hehe..

    ReplyDelete
  6. takpe lah pian segan plak aku nanti.. hahhaha!

    ReplyDelete
  7. anis: hmm... agak2.. lepas tak kalo aku menulis novel???
    zaim... xper zaim.. aku da dapat bayangkan apre yang aku nak tulis.. dari ko masuk matrik lagi.. hahahh~ :P

    ReplyDelete
  8. ko x takot mr crab gigit ko ke pian?? haha-

    ReplyDelete
  9. hahahah... dia tak marah kot... cme maybe dia jeles sket jer~ kekek~ :P

    ReplyDelete
  10. nice nice..
    selalu suka baca coretan org lelaki pasal kawan pompuan.. huhu

    ReplyDelete