Tuesday, January 18, 2011

.: Noor Halila Abdul Rahim :.

Buat masa ini, mungkin aku hanya akan kemaskini blog dengan entri-entri hari jadi sahaja.. (>.<)y

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-24 buat Nor Halila@Ude. Hari ini aku nak bercerita serba sedikit tentang kawan aku yg kecil molek ni. Ude berasal Mersing, Johor yang terletak di selatan tanah air. Mempunyai perwatakan yang ceria dan gembira selalu. Amatlah jarang untuk melihat Ude dalam keadaan sedih. Ude mengambil jurusan sama seperti aku iaitu Bachelor in Information Technology di UIAM. Mengimbau kembali bibit-bibit perkenalan aku dengan Ude semasa di Matrik UIA, membuatkan aku tersenyum. Kini, hampir 6 tahun aku mengenalinya, ketika di matrik kami kebanyakannya akan berada dikelas yang sama kerana di PJ kelas ditentukan oleh Group/Section mata pelajaran English.

Di Gombak, kami jarang berada di kelas yang sama kerana Ude masuk Gombak semasa Semester 3 manakala aku Semester 1. Dan sekarang kami berada di semester terakhir kami di UIAM, selepas ini masing-masing akan membawa haluan hidup sendiri. Agak sedih di situ, namun hidup masih perlu diteruskan. Lama-lama belajar pun tepu otak. Hehe..

Apa-apa pun, aku nak ucap sekali lagi kepada Ude "Selamat Hari Lahir" semoga sentiasa dilimpahi rahmat dari-Nya dan berjaya di dunia dan di akhirat.

peace no war!! (>_<)


No comments:

Post a Comment